Antarabangsa

China Hukum Mati Kucing Kerana Kes COVID-19 Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 14 April 2022 – Tular di laman sosial satu video berdurasi 13 saat yang merakamkan sejumlah kucing liar dibungkus untuk dihapuskan kerana kononnya dikatakan boleh menyebarkan wabak COVID-19.

Video tersebut memaparkan sejumlah kucing-kucing liar yang kelihatan sihat dibungkus dalam bekas berjaring bagi dibunuh sebagai inisiatif membendung penularan wabak tersebut.

Rata-rata warganet tidak bersetuju haiwan comel tersebut dijadikan sebagai mangsa dan segelintir daripada mereka merayu supaya dihentikan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

@maecaroonjjeno dalam hantaran di ruangan komen merayu supaya jangan membunuh kucing-kucing tersebut kerana yang pastinya haiwan tersebut bukan penyebar wabak COVID-19.

“Kepada orang China tolong jangan bunuh kucing tu. Ia bukan salah mereka kerana penyebaran virus di negara anda tetapi salah anda kerana membuat virus baru melalui biologi. Kecil-kecil tak mahu mati besar-besar bawa masalah. Engkorang laa taik lembu pun nk makan kan dah jadi bebal”.

Selain itu, @yonivulva turut berkongsi di ruangan komen video yang menunjukkan beberapa orang lelaki berpakaian uniform sedang memukul seekor anjing tanpa belas kasihan dan dikatakan video tersebut antara rentetan peristiwa yang berlaku di China dalam usaha kerajaan China menghapuskan haiwan-haiwan yang berpotensi menyebarkan wabak COVID-19.

“Daripada teruk kepada yang sangat teruk sekarang. Mereka membunuh anjing dan kucing di jalanan dan haiwan peliharaan di dalam bilik yang pemiliknya dijangkiti COVID-19 di China.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: