Tempatan

Kekosongan Guru, 679 Guru Agama Diperlukan Di SAKJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISKANDAR PUTERI, 21 Mac 2023 – Seramai 679 guru agama diperlukan di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) bagi mengisi kekosongan guru dalam penjawatan gred DG29 dan DG41.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd. Fared Mohd Khalid, antara sebab berlakunya kekosongan penjawatan itu adalah berikutan sebahagian guru yang berhijrah ke Kementerian Pendidikan.

BACA JUGA: Dilarang Ziarah Rumah Ibadat Agama Lain Tanpa Tujuan – Mufti Kedah

BACA JUGA: Saksi Dakwa ‘Pelawak’ Crackhouse Club Langgar ‘3R’

BACA JUGA: Jemaah Haji B40 Terima Bantuan 61%, T20 Perlu Bayar Penuh

Kata beliau, kekosongan guru agama di SAKJ setakat ini adalah seramai 595 waran untuk gred DG29 dan 74 waran bagi gred DG41.

Beliau yang menjelaskan dengan lebih lanjut juga berkata, pada 11 Disember 2022, permohonan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah pun dibuat oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerusi Bahagian Pendidikan Islam bagi membuat lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi gred DG29 dan DG41.

Pada 18 Januari tahun ini, lantikan kontrak secara berperingkat telah pun dilakukan bagi menangani masalah kekosongan guru.

Namun begitu, ia bukanlah lantikan tetap berikutan kekangan kewangan, jelasnya sewaktu menjawab kepada pertanyaan Anuar Manap (BN-Pemanis) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Bagaimanapun, katanya, Bahagian Pendidikan Islam, JAINJ telah pun membuat permohonan lantikan kontrak sebanyak 450 waran bagi jawatan guru gred DG29 dan 57 waran bagi jawatan guru gred DG41.

“Tindakan seterusnya adalah perkara itu akan dibawa ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ),” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: