Antarabangsa

Penjara Abu Ghraib: Bekas Tahanan Buka Mulut Selepas 20 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAQ, 21 Mac 2023 – Ali Shallal al-Qaysi adalah seorang lelaki yang pernah menjadi perbualan umum mengenai gambarnya sewaktu diseksa di penjara Abu Ghraib dalam keadaan mukanya ditutup dan gambar tersebut kemudiannya tersebar luas.

Ali menceritakan mengenai gambarnya yang tersebar luas itu dengan mengatakan bahawa beliau ketika itu sedang berdiri di atas sebuah kotak dan mereka mengikatnya dengan wayar dan menyeksa beliau dengan arus elektrik melalui wayar tersebut.

BACA JUGA: Peralihan Monsun Bermula Khamis Ini

BACA JUGA: Dilarang Ziarah Rumah Ibadat Agama Lain Tanpa Tujuan – Mufti Kedah

BACA JUGA: Saksi Dakwa ‘Pelawak’ Crackhouse Club Langgar ‘3R’

Beliau telah ditahan di penjara tersebut selama beberapa bulan di antara tahun 2003 hingga 2004. Menurutnya, setelah beberapa ketika berada di dalam penjara tersebut beliau kemudiannya tidak dapat mengetahui masa yang berlalu selama beberapa minggu kerana dikurung.

Menceritakan tentang keadaan di penjara tersebut, menurutnya tahanan wanita sering menangis dan tangisan mereka didengari sehingga ke blok lelaki.

Menurutnya lagi, makanan bagi tahanan wanita selalunya akan dihantar oleh tahanan lelaki namun mereka akan menghantar makanan dalam keadaan telanjang.

Beliau turut menyatakan bahawa mereka sering mendengar jeritan tahanan wanita disebabkan seksaan yang mereka alami dan di sel wanita, terdapat seorang lelaki Barat bernama Fredrik yang sering membuat kekacauan di situ.

Ali juga menceritakan tentang pengalamannya menyaksikan satu situasi yang disifatkannya sebagai amat dahsyat, di mana seorang wanita dirogol dan suaminya dipaksa melihat keadaan tersebut.

Sebelum ini, terdapat beberapa keping gambar yang telah didedahkan oleh seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan keadaan dahsyat yang menimpa tahanan termasuklah penggunaan anjing, gambar penjaga penjara bergambar dengan mayat yang mereput, aksi seksual yang dahsyat serta lain-lain bentuk penghinaan serta penyeksaan terhadap para tahanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: