Tempatan

Dilarang Ziarah Rumah Ibadat Agama Lain Tanpa Tujuan – Mufti Kedah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 21 Mac 2023 – Umat Islam dilarang menziarahi rumah ibadat agama lain tanpa tujuan atau kepentingan, ujar Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Katanya, “Menziarahi rumah ibadat bukan Islam bukanlah suatu yang statik yang dikatakan tidak boleh dan begitu juga nak dikatakan boleh iaitu melihat kepada siapa yang akan membuat kunjungan itu.”

“Kunjungan-kunjungan yang ada keperluan dan kepentingan daripada kalangan pemimpin dan tokoh-tokoh agamawan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi yang tidak memberi kesan terhadap akidah, maka kunjungan itu dibolehkan.”

Walau bagaimanapun, penglibatan golongan remaja dalam ziarah rumah ibadat agama lain sememangnya dilarang kerana persiapan dalaman mereka belum mencukupi untuk berhadapan dengan perkara-perkara tersebut sekali gus dikhuatiri akan menyebabkan akidah mereka terpesong.

BACA JUGA: Saksi Dakwa ‘Pelawak’ Crackhouse Club Langgar ‘3R’

BACA JUGA: Jemaah Haji B40 Terima Bantuan 61%, T20 Perlu Bayar Penuh

BACA JUGA: Mahkamah Tetapkan 30 Oktober Rayuan Status Jenazah Bekas Guru

Jelas beliau lagi, golongan dan individu tertentu sahaja boleh berbuat sedemikian namun dengan syarat tidak menyertai ritual agama serta perkara berkaitan akidah. Golongan tersebut juga harus memiliki ketahanan dan kekuatan iman yang diyakini tidak memberi kesan kepada akidah mereka.

“Itu pun ziarah untuk satu tujuan yang kita katakan ada keperluan dari segi hubungan dalam masyarakat. Jika ada keperluan pun ada batasannya supaya kita tidak melakukan ritual yang betul-betul berbentuk keagamaan mereka.”

Dilaporkan bahawa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dipanggil oleh pihak polis bagi mengambil keterangan untuk membantu siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh sebuah NGO di bawah naungan kementerian itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: