Tempatan

‘Disneyland’ Terbesar Bakal Dibina Di Melaka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JASIN, 17 November 2022 – Sebuah taman tema popular, ‘Disneyland’ dan ‘Disney City’ dengan keluasan sekitar 80.9 hektar dilaporkan akan dibuka di daerah Jasin pada tahun 2027 sekali gus menjadikannya sebagai taman tema Disney terbesar di Asia Tenggara (ASEAN).

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis memaklumkan, pembangunan taman tema itu adalah yang pertama diwujudkan di ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun dengan kos belanjawan pembinaannya menelan kira-kira RM2 bilion.

“Setelah lebih 20 tahun, kita akan ada taman tema baharu walaupun tidak berapa besar tetapi saya rasa memadai dengan nama Disneyland yang dapat dibawa masuk.”

“Ia akan menambahbaik lagi sasaran kita untuk mempertingkatkan sasaran 20 juta pelancongan dalam masa tiga tahun dan kembali pada landasan yang asal iaitu 18.7 juta pelancong yang telah kita capai pada tahun 2019.”

“Disneyland telah tersedia di dalam perancangan, dan kita sedang rencanakan kemungkinan ia berada di dalam daerah Jasin. Kita tidak boleh dedahkan lagi lokasi yang sebenar tetapi saiz keluasan projek ini dianggarkan antara 150 hingga 200 ekar (60.7 hingga 80.9 hektar),” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu bahawa, bukan sahaja Disneyland malah, cadangan pembangunan 22 kilometer sistem ‘Maglev’ bagi menghubungkan lokasi ‘hotspot’ pelancongan Melaka dengan nilai pelaburan 200 juta dolar bersamaan RM900 juta. Dan secara keseluruhan projek ini boleh mencapai hingga RM2 bilion.

Beliau berkongsi kenyataan ini selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Cadangan 22KM Sistem Maglev untuk menghubungkan lokasi hotspot pelancongan dan membangunkan taman tema Disneyland serta Disney City yang melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: