Antarabangsa

Disney Dianggap Syarikat Child Groomer Dan Pedofil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 10 April 2022 – “Pengantun seksual kanak-kanak (child groomer) dan pedofil. Mereka mengaku terang-terangan bahawa mereka mempunyai agenda yang bukan lagi rahsia dengan anak-anak anda. Ini adalah kematian Disney.”

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Candace Owens, seorang pengulas politik konservatif di Amerika Syarikat berkenaan tindakan Disney mempertahankan hak dan keselamatan golongan LGBTQ+.

Beliau menyifatkan Disney sebagai sebuah syarikat pengantun seksual kanak-kanak dan pedofil. Ciapan di Twitternya itu turut diakhiri dengan tanda pagar #BoycottDisney.

Pada bulan Mac lalu, Ron DeSantis, Gabenor Florida telah meluluskan satu Rang Undang-Undang (RUU) HB 1557 yang melarang perbincangan bilik darjah tentang seksualiti dan ideologi jantina kepada kanak-kanak di tadika hingga gred tiga.

Keputusan berkenaan mendapat reaksi kurang baik daripada Disney yang mengutuk secara terbuka tindakan berkenaan.

“HB 1557 Florida, yang juga dikenali sebagai RUU ‘Don’t Say Gay’ tidak sepatutnya diluluskan dan ditandatangani sebagai undang-undang. Matlamat kami sebagai sebuah syarikat adalah supaya undang-undang ini dimansuhkan oleh badan perundangan atau ditarik balik di mahkamah, dan kami komited untuk menyokong organisasi kebangsaan dan negeri yang berusaha untuk mencapainya. Kami berdedikasi untuk mempertahankan hak dan keselamatan ahli LGBTQ+ keluarga Disney, serta komuniti LGBTQ+ di Florida dan di seluruh negara,” ujar mereka.

Maklum balas Disney itu telah menerima kecaman banyak pihak termasuk daripada sekumpulan penunjuk perasaan yang telah mengadakan demonstrasi melaungkan “Boycott Disney” di luar ibu pejabat Disneyland, California pada Rabu baru-baru ini.

Demonstrasi yang diadakan itu bertujuan menentang usaha politik berhaluan kiri, terutamanya mengenai isu LGBT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: