Tempatan

8 Juta Rakyat Malaysia Hidap Penyakit Anxiety, Pesakit Wanita Terus Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 – Sekurang-kurangnya lapan juta rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit anxiety disorder dengan bilangan pesakit wanita terus mencanak naik dua kali ganda berbanding lelaki.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr. Andrew Mohanraj berkata, masalah peningkatan penyakit ini selaras dengan kajian kesihatan di Malaysia yang mencatatkan 29 peratus rakyat mempunyai ciri-ciri tahap kesihatan mental lemah.

Ujarnya, “Anggaran mereka yang mempunyai gejala penyakit keresahan sekitar 29 peratus dan daripada jumlah itu 20 peratus adalah masalah kecelaruan keresahan dan selebihnya adalah penyakit kesihatan mental yang lain seperti skizofrenia dan bipolar.”

Walau bagaimanapun, faktor atau punca masalah tersebut belum dapat dipastikan.

Tambahnya, anggaran lapan juta itu mungkin tidak mengalami semua gejala keresahan namun tetap ada satu atau dua ciri-ciri penyakit berkenaan.

“Jika ada keresahan, mungkin belum sampai tahap mahu bunuh diri, tetapi itu tetap gejala penyakit anxiety.”

BACA JUGA: Dua Jawatan Penting Mahkamah Syariah Perlu Diisi Segera – Zainul Rijal

BACA JUGA: Selain PUSPAKOM, Kerajaan Buka Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Tahun Depan

BACA JUGA: GCEO Axiata: Apa Guna Jadi PM Jika Anak Tempatan Dianaktirikan Dalam GLC? – Presiden PERKASA

Jelasnya lagi, antara punca keresahan meningkat adalah kerana individu tidak tahu pendapatan mereka, jaminan kerja dan segala tekanan yang menyebabkannya semakin teruk.

Dr. Andrew juga mengulas bahawa kesedaran terhadap penyakit ini masih rendah malah individu yang menghidap itu sendiri jarang tahu bila mereka memerlukan pertolongan dan orang lain akan menganggap mereka mengada-ngada atau mempunyai peribadi lemah.

Beliau turut berpandangan bahawa tahap rawatan anxiety disorder belum memuaskan kerana pesakit tidak dirawat sewajarnya dengan pegawai perubatan yang pakar.

Menurutnya, kebanyakan pesakit hanya menerima rawatan di klinik dan doktor perubatan biasa yang cenderung merawat simptom sahaja.

Sedangkan, anxiety disorder mempunyai beberapa jenis seperti fobia, gangguan panik dan gangguan keresahan sosial.

Mengulas lanjut, Dr. Andrew meluahkan kebimbangannya sekiranya pesakit anxiety mula ketagihan di mana mereka cuba mengambil dadah, alkohol, pil tidur atau ubat penenang tanpa sedar bagi menangani simptom.

“Itu antara kekhuatiran yang perlu diambil serius sebab mereka cuba bukan untuk rasa gian atau syok, maka ia boleh menyebabkan ketagihan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: