Tempatan

Selain PUSPAKOM, Kerajaan Buka Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Tahun Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 26 Mac 2023 – Kerajaan akan membuka peluang buat pihak berkelayakan untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor selepas konsesi semasa kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) tamat pada 31 Ogos 2024.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu memutuskan agar tiada lagi monopoli PUSPAKOM sebagai penyedia pemeriksaan berkala kenderaan motor.

BACA JUGA: Malaysia Gesa PBB Tubuh Agensi Pantau Sekuriti Air

BACA JUGA: Purata Harga Ayam Naik – Jabatan Perangkaan

BACA JUGA: YDPA, Permaisuri Agong Bakal Berangkat Ke WP Labuan 31 Mac Ini

“Selepas konsesi ini tamat tiada lagi monopoli, boleh jadi ada dua atau lebih syarikat.”

“Ketetapan ini bermakna PUSPAKOM tidak lagi menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September 2024,” katanya menerusi sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.

Keputusan itu adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang berdaya saing serta memudahkan seluruh rakyat.

Mengulas lanjut, proses pelawaan pihak-pihak yang berminat dalam perkhidmatan ini dijangka bermula selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan.

“Kementerian bersama JPJ akan membangunkan syarat-syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan bagi pihak yang berminat.”

Beliau berkata, bagi memastikan keseragaman peraturan dan keadilan dalam aspek persaingan, pihak berminat akan diwajibkan untuk memenuhi semua syarat dan peraturan sama yang telah dikenakan kepada Puspakom di bawah Perjanjian Konsesi.

“Ini termasuklah mewajibkan untuk melantik pekerja yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sahaja serta menyedia dan menggunakan peralatan pemeriksaan berkomputer yang dikawal selia dan diluluskan oleh JPJ,” jelasnya.

Dalam pada itu ujarnya, fi pemeriksaan hanya boleh dikenakan mengikut kadar ditetapkan selain tidak dibenarkan sama sekali menawarkan perkhidmatan pembaikan atau ubah suai kenderaan serta penjualan alat ganti.

Tegasnya, JPJ akan secara berterusan melakukan audit dan memantau semua pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut bagi memastikan pematuhan, kualiti dan integriti pemeriksaan.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar apa-apa syarat ditetapkan boleh dikenakan penalti atau kebenaran menjalankan pemeriksaan akan dibatalkan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: