Tempatan

Dua Jawatan Penting Mahkamah Syariah Perlu Diisi Segera – Zainul Rijal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2023 – Persatuan Peguam Islam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, jawatan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) kosong sejak tiga bulan lalu dan perlu diisi segera.

Zainul Rijal yang juga pengantara bertauliah dan pengulas undang-undang Syariah menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera meninjau untuk mengisi kekosongan dua jawatan penting itu kerana ia menjalankan fungsi Kehakiman Syariah.

BACA JUGA: Malaysia Gesa PBB Tubuh Agensi Pantau Sekuriti Air

BACA JUGA: Purata Harga Ayam Naik – Jabatan Perangkaan

BACA JUGA: YDPA, Permaisuri Agong Bakal Berangkat Ke WP Labuan 31 Mac Ini

Beliau berkata, Ketua Hakim Mahkamah Syariah dan Ketua Pengarah JKSM adalah peranan utama dalam memastikan pemerkasaan Mahkamah Syariah.

Mereka yang menerajui kedua-dua jawatan itu bukan sahaja mengendalikan kes mahkamah, namun ia juga menyelaras usaha dalam menyeragamkan pengurusan dan pentadbiran Mahkamah Syariah di seluruh negara.

Kedua-dua jawatan itu telah terlalu lama dibiarkan kosong dan tidak diisi sejak Disember lalu dan ia perlu diisi segera dengan fokus melantik pegawai yang mempunyai kuasa yang mempunyai pengalaman dan integriti, kata Zainul Rijal kepada sebuah portal tempatan.

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Datuk Mohd Amran Mat Zain dilaporkan mengetuai sementara jawatan Ketua Hakim Mahkamah Syariah dan Ketua Pengarah JKSM. Sebelum ini ia disandang oleh Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang kemudian dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Islam 3 Disember lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: