Antarabangsa

Tolak Gelar Gender Neutral, Seorang Guru Berakhir Di Penjara UK

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM (UK), 07 September 2022 – “Saya sayangkan sekolah saya, dengan mottonya ‘Res Non Verba’ – Bertindak, bukan berkata-kata sahaja, tetapi saya di sini hari ini kerana saya enggan memanggil seorang budak lelaki sebagai perempuan,” tegas Enoch Burke, seorang guru yang dipenjarakan di Ireland.

Menurut laporan Burke, yang merupakan seorang guru Sejarah, Politik, Debat dan Bahasa Jerman di Westmeath School, telah menerima perintah mahkamah untuk tidak mengajar sementara waktu susulan keengganan beliau untuk memanggil pelajarnya dengan panggilan yang ‘gender neutral’.

Burke dikatakan enggan mengiktiraf gelaran ‘gender neutral’ salah seorang pelajarnya, di mana ibu bapa pelajar tersebut dan pelajar tersebut sendiri telah meminta supaya Burke memanggil pelajar itu dengan gelaran “they” (mereka) dan bukannya “he” (dia – lelaki).

Keengganan Burke membawa kepada penggantungannya atas alasan salah laku.

“Ia amat memeranjatkan dan tidak wajar yang kepercayaan agama seseorang dalam hal ini boleh dijadikan alasan untuk dakwaan salah laku.”

“Kepercayaan agama saya bukan salah laku. Ia bukan sebuah salah laku buruk. Ia tak akan pernah jadi sebuah salah laku,” tegas Burke.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: