Tempatan

Tiada Keputusan Naikkan Tarif Air Selangor – MB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 05 Julai 2023 – “Kerajaan Negeri tiada keputusan untuk menaikkan tarif air di Selangor bagi mengelakkan rakyat terbeban,” kata Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Kenyataan itu bagi mengulas laporan media yang mendakwa tarif air di Lembah Klang mungkin naik tahun ini bagi memastikan keseimbangan antara hasil dan perbelanjaan syarikat pengurusan air.

BACA JUGA: Peniaga Uptown Pahlawan Walk Bakal Dipindahkan Tidak Benar – Rais

BACA JUGA: 197 Kawasan Hotspot Bencana Alam Dikenal Pasti Di Perak

BACA JUGA: Jabatan Pendaftaran Negara Nafi Lantik Ejen Bagi Tawaran Perkhidmatan

Ujar beliau, tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan Kerajaan Negeri tetapi tiada sebarang ketetapan dibuat sehingga kini.

“Fokus utama pentadbiran ini adalah untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat,” kata Dato’ Seri Amirudin lagi.

Ketika ini, bayaran untuk pelanggan domestik ditetapkan 57 sen setiap meter padu untuk 20m³ pertama, RM1.03 untuk 15m³ seterusnya dan RM2 bagi penggunaan melebihi 35m³.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: