Tempatan

Peniaga Uptown Pahlawan Walk Bakal Dipindahkan Tidak Benar – Rais

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 05 Julai 2023 – “Saya ingin nyatakan dengan jelas tiada satu pun notis dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kepada peniaga di sekitar Banda Hilir untuk dipindahkan ke tempat lain kerana kita masih dalam tempoh kajian,” kata Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin.

Tegasnya, Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan notis arah berpindah kepada para peniaga sekitar Banda Hilir, terutama di Uptown Pahlawan Walk seperti didakwa seorang wanita dalam klip video yang tular di TikTok sejak semalam.

BACA JUGA: Malaysia Desak Majlis Keselamatan PBB Tuntut Zionis Hentikan Jenayah Kejam

BACA JUGA: Lelaki Rusia Didakwa Mabuk Bakar Al-Quran Dalam Masjid

BACA JUGA: Jabatan Pendaftaran Negara Nafi Lantik Ejen Bagi Tawaran Perkhidmatan

Jelas Datuk Rais lagi, MBMB baharu sahaja diberi mandat ketika mesyuarat baru-baru ini untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan dengan peniaga terlibat termasuk pengusaha hotel sekitar Banda Hilir.

“Pada sesi dialog yang diadakan, secara jelas ada peniaga yang menyatakan persetujuan dan sebahagian pula tidak bersetuju dan saya akan turun padang bertemu dengan seluruh peniaga terlibat bagi mendapat maklum balas sebelum keputusan dibawa pada Mesyuarat Kerajaan Negeri, sama ada akan melaksanakan cadangan itu atau tidak,” ujarnya.

Semalam, tular di laman TikTok kenyataan dari seorang individu yang menyatakan kesemua 200 peniaga Melayu di Uptown Pahlawan Walk telah dipaksa pindah ke tempat yang tidak masuk akal tanpa sebarang perbincangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: