Antarabangsa

50 Tahun Pasca Perang, Sejuta Bom AS Masih Menghantui Vietnam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

VIETNAM, 26 Jun 2023 – Selama 20 tahun konflik peperangan yang berlaku di Vietnam, Amerika Syarikat (AS) telah melepaskan lebih dari satu juta bom dan sekitar 5 juta tan bahan senjata api di negara tersebut.

Satu per tiga daripada senjata-senjata tersebut termasuklah bom-bom kluster tidak meletup sewaktu ianya dilepaskan dan sehingga kini, puluhan ribu bahan letupan ditemui setiap tahun di bawah tanah di pelbagai kawasan dalam negara tersebut.

BACA JUGA: Pemborong Dapat Surat Harga Beras Naik – Sumber

BACA JUGA: Aidiladha: PDRM Laksana Op Lancar Seluruh Negara Rabu Hingga Ahad Ini

BACA JUGA: Harga Ubat Bakal Naik?

Di daerah Quang Tri, sejak tamatnya peperangan, terdapat sekitar 3,500 kematian yang disebabkan kemalangan yang melibatkan bahan letupan yang ditinggalkan AS.

Kematian terakhir yang direkodkan adalah pada tahun lalu, di mana sebuah bom telah meletup sewaktu berada di dalam tangan seorang petani setelah mangsa menjumpai bom tersebut di tanah pertaniannya dan mengambilnya dengan tangan.

Sebuah NGO yang berpusat di United Kingdom (UK), The Mines Advisory Group (MAG) adalah salah satu badan yang membantu menguruskan bahan-bahan letupan tersebut yang mana mereka mempunyai 735 pekerja di Vietnam.

Setiap hari, para pekerja badan tersebut akan melalui tanah-tanah di negara tersebut dan mencari bahan letupan yang tidak meletup menggunakan pengesan logam, supaya kawasan tersebut dapat dianggap sebagai selamat untuk dibangunkan atau dijadikan kawasan pertanian.

Pada tahun 2022 sahaja, NGO tersebut telah berjaya meletupkan 14,615 buah bom hanya dalam jarak yang berkeluasan 10 kilometer persegi.

Beberapa NGO antarabangsa dan pihak tentera Vietnam turut melakukan tugas yang sama, yang mana kawasan sekitar 173 kilometer persegi telahpun disaring. Dianggarkan bahawa proses pembersihan ini akan mengambil masa 13 tahun untuk diselesaikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: