Tempatan

Aidiladha: PDRM Laksana Op Lancar Seluruh Negara Rabu Hingga Ahad Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar bermula Rabu hingga Ahad ini di seluruh negara sempena perayaan Hari Raya Aidiladha.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, “Pengguna jalan raya dijangka melakukan pergerakan pada hari Rabu sehingga Ahad kerana Hari Raya Aidiladha jatuh pada 29 Jun iaitu Khamis.”

Jelasnya, “Tumpuan operasi di semua lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan lebuh raya yang menghubungkan negeri dan daerah.”

BACA JUGA: GEMPAR! Rumah Hanyut Ke Tengah Laut Angkara Ribut

BACA JUGA: Tanah Adat Dirampas Pihak Ketiga, Peribumi Sabah Ke Pejabat PM Tuntut Hak

BACA JUGA: Puak LGBT Turkiye Langgar Larangan Perhimpunan Pride, 50 Ditahan

Menurut beliau, operasi itu dibuat bagi memastikan aliran trafik bergerak baik selain memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangka berlaku kesesakan melampau.

Tambahnya, semua jalan Persekutuan, jalan Negeri dan jalan Nandaran juga dipantau bagi memberi keselesaan pergerakan lalu lintas.

Justeru, pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan bagi mengelak sebarang kemalangan berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: