Tempatan

Harga Ubat Bakal Naik?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2023 – Harga ubat-ubatan untuk pasaran dalam negara diramal akan meningkat berikutan nilai ringgit yang terus lemah dan tidak stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) sejak bulan lalu.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, kebanyakan ubat di negara ini diimport susulan itu kejatuhan ringgit akan mempengaruhi peningkatan harga.

BACA JUGA: Bom Lempar Meletup Ketika Latihan, Seorang Anggota TUDM Maut, 2 Jurulatih Cedera

BACA JUGA: Projek Kontroversi Pulau Buatan Pulau Pinang Mula Julai Ini

BACA JUGA: Agihan Pegawai Kesihatan Bermula Julai Ini

“Harga ubat bergantung kepada harga bahan farmaseutikal aktif iaitu bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan.

“Selain itu, kadar eksipien yang merupakan bahan tambahan yang diguna untuk memproses sesuatu bentuk atau jenis ubat dan satu lagi adalah (kos) logistik seperti (untuk penghantaran) ke luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak.”

“Jadi apabila mahu buat ubat dalam negeri, bahan mentah kena dapatkan dari luar, tetapi apabila ringgit rendah, harganya mahal,” katanya

Amrahi menjangkakan kenaikan harga ubat-ubatan akan mencecah sehingga lima peratus kerana didorong dengan permintaan yang tinggi lebih-lebih lagi ketika musim panas ketika ini ramai yang mengalami batuk dan demam.

Justeru, beliau menyeru Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mempunyai perancangan segera bagi mengatasi peningkatan ubat berkenaan.

Menurut beliau, peningkatan harga di pasaran pada masa kini mungkin masih belum berlaku dengan ketara tetapi situasi boleh menjadi serius sekiranya ringgit terus melemah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: