Kolumnis

Reset Malaysia : Hembusan angin dari Pulau Jekyll.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pernah dengar pasal Pulau Jekyll ? 

Sebuah pulau kecil di dalam negeri Georgia di Amerika. Tempat berkumpul di hujung minggu ahli-ahli kewangan satu masa dulu. Ada satu perjumpaan rahsia yang terjadi di Pulau Jekyll pada bulan November 1910. Perjumpaan yang merubah center of universe. Merubah peta dunia dan arah dunia hingga ke hari ini. Perjumpaan rahsia tersebut terus dinafikan oleh mereka yang hadir selama 20 tahun hingga ke tahun 1930. Amerika berhasrat untuk membuat bank pusat di Amerika dan di seluruh dunia.

Awalnya adalah kegelisahan para kapitalis atas kejadian kepanikkan ekonomi yang terjadi pada tahun 1907. Mereka ingin menambahbaik dan meningkatkan lagi keupayaan sistem perbankan. Muncul cadangan untuk membangunkan sebuah bank sentral serta penguasaan terhadap matawang yang di terbitkan.

Siapa lagi yang menaja pertemuan sulit itu kalau bukan Rothschild dan 8 kapitalis yang bersekongkol dengannya dan didukung oleh Parti Republikan. Cadangan untuk menjadikan Federal Reserve sebagai milik swasta dan mempunyai hak untuk mencetak wang di tentang dengan keras oleh ahli-ahli kongres Amerika dari Parti Demokrat.

Pertemuan tersebut secara teknikal tidak membuahkan sebarang hasil kecuali pertentangan yang hebat. Sama ada di rancang atau kebetulan, 80% dari ahli-ahli kongres Parti Demokrat ikut tenggelam bersama Titanic pada 15 April 1912 di Lautan Atlantic. Semua orang tahu yang Titanic adalah sebuah kapal persiaran termoden dan tercanggih waktu itu yang dibiayai pembinaannya oleh Rothschild.

Biarpun berlaku kekosongan dalam Kongres Amerika akibat kejadian tersebut, cadangan untuk menjadikan Federal Reserve Banking System terus dimajukan dan akhirnya diluluskan dan ditandatangani secara korum. Sesuai dengan hasrat pertemuan rahsia di Pulau Jekyll.

Matawang dunia sebelum diputuskan di Bretton Woods pada tahun 1944 adalah Pound Sterling. Jadi, Dollar menguasai dunia adalah Grand Plan selama 35 tahun sejak tahun 1910. Strategi perlaksanaan sistem kewangan pusat @ central financial system adalah untuk menjadikan Dollar sebagai matawang dunia mengalahkan Pound Sterling sebagai penguasa dunia.

Perang dunia pertama dan kedua secara ‘ tidak sengaja ‘ dimanfaatkan oleh Amerika untuk menghentam kekuatan Eropah untuk dipindahkan ke Amerika termasuk mengeser Pound Sterling untuk menjadikan dollar sebagai matawang dunia.

Dan segalanya berubah sebagaimana yang telah tercatat dalam sejarah bermula dengan hembusan angin perubahan dari Pulau Jekyll semenjak tahun 1910.

The Grand Plan that changed America and the rest of the world.

Plandemik kali ini kelihatannya seolah-olah di gunakan atau mungkin secara kebetulan, Central Bank Digital Currency @ CBDS @ e-yuan China untuk memukul Amerika dan mengeser dollar sebagai mata wang dunia. Dan sekaligus menobatkan China sebagai negara Abad ke 21 mengantikan Amerika.

Di zaman sekarang, whether you like or not, sebutlah apa namanya, Dollar or Yuan, cash is king !

Banyak yang perlu kita amati dan pelajari dalam siri bernegara secara cerdas dalam perjalanan kita untuk membina sebuah negara bangsa yang unggul di persada dunia. Reset Malaysia bermula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Lakukan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kepada sahabat-sahabat saya para perjuang sovereign monetary system, teruskan perjuangan kalian. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Kalau Rothschild boleh kenapa kita tidak. InsyaaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Tulisan pagi ini untuk kalian para perjuang sovereign monetary system.

Dari sahabatmu yang suka berangan-angan di waktu pagi.

– Ramalan Yunus

5/12/2020

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: