Tempatan

BERSIH 2.0, IKRAM & ABIM Antara Penerima Dana USAID Untuk Bantuan COVID-19

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2020 – Kedutaan AS Kuala Lumpur baru-baru ini mengumumkan pemberian dana bantuan COVID-19 sebanyak RM1 juta kepada enam NGO di Malaysia bagi membantu mereka yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Enam NGO yang juga merupakan rakan kongsi dalam usaha itu adalah ABIM, IKRAM, BERSIH 2.0, Dignity for Children, Liga Rakyat Demokratik dan Suriana Welfare Society.

“Organisasi rakan kongsi dipilih berdasarkan kapasiti dan kemampuan untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak,” ujar Dean Thompson, Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS.

Tambahnya, dana sebanyak RM1 juta daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) ini dapat disalurkan dan membantu kepada hampir 4,000 isi rumah di Malaysia.

“Dengan pembiayaan daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang disalurkan melalui kerjasama organisasi masyarakat sivil Malaysia, USAID mengedarkan pakej prihatin yang terdiri daripada makanan yang tidak mudah rosak dan keperluan rumah kepada isi rumah yang menghadapi kesukaran semasa krisis global ini.”

Bantuan tersebut akan diselaraskan oleh Program Inisiatif Reformasi Malaysia (MARI) dan peruntukan pula diperoleh daripada vendor tempatan.

Kata Dean Thompson lagi, inisiatif ini merupakan sokongan USAID kepada organisasi Malaysia yang dermawan bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Melalui inisiatif ini, USAID menyokong organisasi Malaysia yang dermawan dan berdedikasi untuk membantu keluarga-keluarga di seluruh negara.”

Leave a Reply

Back to top button