Tempatan

“Reset” Malaysia Dengan Buang Kelompok Elit Kapitalis Degil

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 29 NOVEMBER 2021 – “Cara nak menyelamatkan dan ‘reset’ Malaysia adalah membuang kelompok elit kapitalis yang degil daripada negara ini. Selepas itu kita boleh bincang soal ‘reset’ yang sebenar,” kata Syed Ahmad Israa’.

Ulasan ini dikeluarkan selepas berita melaporkan Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak bersama 54 orang lagi tokoh masyarakat, bekas pemimpin dan tokoh korporat mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan Better Malaysia Assembly atau Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik.

Syed Ahmad Israa’ menjelaskan bahawa projek Nazir Razak itu hanyalah orang-orang dalam kelompok yang sama juga.

“Dari aristokrat dan elit, bersama aristokrat dan elit, demi aristokrat dan elit (sebahagian ada dalam list, sebahagian lagi takkan muncul dalam list nama ini).”

Katanya lagi, “Yang bukan elit dijemput masuk untuk keabsahan dan politik optik.”

Syed Ahmad juga berkata, beliau tidak tahu sejauh mana cita-cita Nazir Razak ini berjaya dalam usaha membaik pulih negara Malaysia.

Tambah beliau, perkara seperti ini sering kali berulang jika melihat kepada sejarah tanah Melayu. Rakyat ditipu berulang kali dengan agenda nasional mereka.

“Saya cakap direct sebab siapa baca sejarah Tanah Melayu akan selalu nampak wayang begini berulang. Berkali-kali itu jugalah rakyat tertipu menyangka memang agenda nasional akan dijunjung dan diperkasakan.”

Baginya, apa yang berlaku kini hanyalah sebuah Malaysia yang masih terperangkap dalam dominasi agenda aristokrat dan elit kapitalis.

“Berpuluh-puluh tahun sudah berlalu dan yang kita tuai hari ini ialah sebuah Malaysia yang masih terperangkap dalam dominasi agenda aristokrat dan elit kapitalis.”

“Kononnya demokrasi dan reset,” katanya mengakhiri kenyataan di Facebooknya semalam.

Leave a Reply

Back to top button