Antarabangsa

Diejek Berhijab Jadi Pembakar Semangat Senator Australia Fatima Payman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CANBERRA, 07 September 2022 – “Pengalaman pertama saya diperlakukan seperti ‘orang asing’ adalah sewaktu dalam tutorial di universiti, di mana seorang lelaki mengejek hijab saya,” kaya senator pertama berhijab di Australia, Fatima Payman.

Membesar sebagai pelarian di Australia bersama keluarga tersayang tidak pernah membuatkan Senator Fatima, 27, merasa sebagai orang luar, namun, komen seperti “Pergi baliklah ke tempat asal” memaksanya merasa terasing.

Akan tetapi, perkara seperti inilah yang membakar semangatnya untuk terlibat dalam politik, menyertai kumpulan kepimpinan belia, kumpulan penasihat polis dan persatuan pelajar Islam.

Menurut Senator Fatima, beliau menyertai Parti Buruh selepas menyaksikan kedua ibu bapanya diambil kesempatan di tempat kerja mereka.

“Saya menyaksikan perjuangan ibu bapa saya demi meletakkan makanan di atas meja, demi membayar pendidikan kami dan demi menyediakan tempat berlindung untuk kami.”

Dalam ucapan pelantikannya, senator termuda turut berikrar untuk membawa perubahan dalam sistem Parlimen Australia.

“Sebagai anak perempuan pelarian yang datang ke tanah ini dengan impian masa depan yang selamat dan lebih baik, saya memberikan diri saya keberanian untuk mencabar sistem dan untuk melihat… sejauh mana perubahan yang boleh saya lakukan,” kata Senator Fatima.

Malah, beliau juga menyeru rakan-rakan ahli parlimennya untuk menghapuskan ketaksuban, perkauman dan diskriminasi, bukan hanya diam membisu.

April lalu, Sultana Tafadar menjadi peguamcara jenayah bertudung pertama dilantik menjadi Peguam Diraja, ‘Penasihat Baginda Ratu Permaisuri yang dipelajari dalam undang-undang’, sebuah jawatan tertinggi dalam profesion peguam di England.

Sebelum Sultana, belum ada lagi peguamcara jenayah yang pernah dilantik menjadi Penasihat Diraja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: