Antarabangsa

Saintis Beri Amaran Suhu Timur Tengah Meningkat Hampir Dua Kali Ganda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYPRUS, 07 September 2022 – Suhu di Timur Tengah dan Mediterranean Timur dijangka bakal meningkat hampir dua kali ganda lebih cepat daripada purata global, tegas sekumpulan saintis antarabangsa, lapor media Arab.

Ujar mereka, peningkatan itu melebihi jangkaan di kawasan lain dan kemungkinan lebih pantas berbanding bahagian lain atas muka bumi. Saintis mendapati bahawa perubahan iklim yang berlaku di kedua-dua rantau itu boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kehidupan berjuta-juta penduduk di sana.

Faktor pengurangan hujan dan pemanasan cuaca menyumbang kepada kemarau yang dahsyat, menjejaskan keselamatan air dan sumber makanan serta kebanyakan negara tidak bersedia dengan peningkatan paras air laut, kata seorang pakar.

“Kerjasama yang lebih kukuh antara negara adalah amat diperlukan untuk menghadapi kesan buruk yang dijangkakan ini,” kata Jos Lelieveld, Pengarah Institut Kimia Max Planck dan profesor di Institut Cyprus.

Kawasan tersebut bakal menyaksikan peningkatan suhu secara keseluruhan sehingga 5 darjah Celcius atau lebih menjelang akhir abad ini, lapor Pusat Penyelidikan Iklim dan Atmosfera Institut Cyprus dan Institut Kimia Max Planck.

Sebuah laporan di bawah naungan kedua-dua institusi tersebut akan diserahkan dalam Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) yang akan diadakan di Mesir November ini.

Para saintis mengesyorkan pelaksanaan pantas tindakan penyahkarbonan dengan menumpukan secara khusus pada sektor tenaga dan pengangkutan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: