Antarabangsa

Singapura Belanja RM495 Juta Untuk Pastikan Keselamatan Makanan Republik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 28 Oktober 2022 – Singapura telah menambahkan lagi dana bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan bagi sektor-sektor seperti penambahbaikan ketahanan terhadap penyakit serta kualiti nutrisi bagi tanaman dan perikanan bagi tujuan memperkasakan keselamatan makanan negara terbabit.

Negara tersebut telah membuat tambahan dana sebanyak S$165 juta, iaitu bersamaan dengan RM495 juta bagi tujuan tersebut.

Tambahan dana itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat pada majlis makan malam gala bagi Minggu Makanan Agri Antarabangsa Singapura pada Rabu lalu di Gardens by the Bay.

Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa fasa kedua bagi program penyelidikan dan pembangunan bagi makanan itu akan lebih memberi penekanan terhadap isu-isu seperti cabaran keselamatan makanan di negara tersebut.

Ini termasuklah memperkasakan kelestarian serta mempertingkatkan keselamatan makanan terutamanya dalam memperkenalkan makanan jenis baharu seperti protein alternatif, sebagaimana yang dinyatakan oleh Agensi Makanan Singapura.

Program The Singapore Food Story R&D telah dilancarkan pada tahun 2019, di mana sebanyak $144 juta telah disalurkan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan pada sektor penghasilan makanan urban yang mampan, makanan masa depan serta sains dan inovasi bagi keselamatan makanan.

Sejak itu, negara tersebut telah memberi dana kepada lebih daripada 40 projek yang mempunyai potensi bagi melakukan transformasi terhadap penghasilan makanan serta memperkukuhkan keselamatan makanan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: