Tempatan

Pemborong Dapat Surat Harga Beras Naik – Sumber

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2023 – Satu sumber mendedahkan, pemborong-pemborong beras mendakwa sudah mendapat surat daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenai kenaikan harga borong beras tempatan.(super spesial tempatan – SST) kepada RM2,250 bagi satu metrik tan.

“Secara logiknya, kalau kenaikan harga borong (beras) sudah diberikan kepada pemborong, bermakna pengguna juga bakal berdepan dengan kenaikan harga beras. Cuma tunggu masa sahaja.”

“Kalau tidak, keuntungan pemborong, pembekal, peruncit akan merosot,” ujarnya.

BACA JUGA: GEMPAR! Rumah Hanyut Ke Tengah Laut Angkara Ribut

BACA JUGA: Tanah Adat Dirampas Pihak Ketiga, Peribumi Sabah Ke Pejabat PM Tuntut Hak

BACA JUGA: Puak LGBT Turkiye Langgar Larangan Perhimpunan Pride, 50 Ditahan

Kata sumber kepada sebuah portal tempatan, surat yang bertarikh 16 Jun 2023 itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Bahagian Pembangunan Industri Padi, Datuk Azman Mahmood.

Tambahnya, beliau percaya penjelasan kenaikan harga beras tempatan akan dibuat selepas perintah harga kawalan beras dipinda oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak lama lagi.

“Beberapa proses dalaman perlu dibuat sebelum perubahan harga beras tempatan ini diumumkan, tetapi harga pasti naik. Tidak logik pula pemborong beli mahal, pengguna dapat harga yang sama.”

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan dari sumber yang terlibat dalam industri beras negara yang mengesahkan akan berlaku perubahan beras tempatan, hanya menunggu masa sahaja.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mendakwa khabar angin yang mengatakan harga beras di negara ini akan mengalami kenaikan mulai bulan depan bukan berdasarkan keputusan Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: