Pajak Gadai Berlesen Dilarang Jual Semua Emas Gadaian
PUTRAJAYA, 26 Jun 2023 – Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa pajak gadai berlesen dilarang untuk menjual gadai janji yang belum ditebus, termasuklah emas atau barang berharga lain, lapor sebuah portal berita tempatan.
Hal ini kerana, jualan tersebut bukanlah sebahagian daripada “perniagaan pajak gadai”, kata berita tersebut.
Menurut Hakim Supang Lian, maksud adat istilah itu merujuk kepada tindakan memajukan dana untuk tujuan komersial dengan memberikan pinjaman sebagai pertukaran untuk tujuan keselamatan.
Jika pinjaman tidak dibayar balik dalam tempoh tertentu, pemegang pajak gadai boleh menjual barang tersebut, katanya.
BACA JUGA: GEMPAR! Rumah Hanyut Ke Tengah Laut Angkara Ribut
BACA JUGA: Tanah Adat Dirampas Pihak Ketiga, Peribumi Sabah Ke Pejabat PM Tuntut Hak
BACA JUGA: Puak LGBT Turkiye Langgar Larangan Perhimpunan Pride, 50 Ditahan
Terdahulu, Kedai Pajak Shin Ngien Sdn. Bhd., didakwa di Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 16(3) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 kerana menjual gadaian emas yang tidak ditebus di premis perniagaannya di Sungai Way, Petaling Jaya.
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman denda RM5,000 ke atas syarikat tersebut kerana menjalankan perniagaan menjual barangan emas yang tidak ditebus.
Dalam penghakiman setebal 34 halaman bertarikh 24 Mei lalu, Supang berkata bahawa perbuatan menjual barangan emas yang tidak ditebus dalam premis pajak gadai itu bukanlah sebahagian daripada perniagaan syarikat tersebut.
“Kami mendapati aktiviti sedemikian, jika dilakukan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 16(3) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972,” kata beliau.