GEMPAR! Rumah Hanyut Ke Tengah Laut Angkara Ribut
BELURAN, 26 Jun 2023 – Sebuah rumah atas air di Kampung Kolapis Laut roboh dan dihanyutkan arus sejauh 10 meter setelah dilanda angin kencang dalam kejadian ribut semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 5.51 petang.
BACA JUGA: Bom Lempar Meletup Ketika Latihan, Seorang Anggota TUDM Maut, 2 Jurulatih Cedera
BACA JUGA: Projek Kontroversi Pulau Buatan Pulau Pinang Mula Julai Ini
BACA JUGA: Agihan Pegawai Kesihatan Bermula Julai Ini
Menurutnya, seramai 10 anggota bomba termasuk bomba sukarela dari kampung berkenaan digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, bomba mendapati sebuah rumah hampir tenggelam dan terdapat tujuh sekeluarga di dalam rumah berkenaan.”
“Bomba sukarela yang berada berdekatan lokasi kemudian bergegas menyelamatkan semua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Misi menyelamat tersebut turut dianggotai empat anggota Angkata Pertahanan Awam.
Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 6.29 petang dan kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke tempat selamat.