Tempatan

Tanah Adat Dirampas Pihak Ketiga, Peribumi Sabah Ke Pejabat PM Tuntut Hak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2023 – 70 penduduk kampung dari tanah adat Sabah sanggup terbang ke Kuala Lumpur bagi menuntut hak tanah mereka yang ‘dirampas’ secara tidak berperikemanusiaan oleh pihak ketiga.

Menurut Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dalam satu kenyataan media, penduduk-penduduk kampung tanah adat di Negeri Sabah terutamanya di daerah Tongod, daerah Kunak, daerah Kundasang, daerah Nabawan dan daerah Keningau telah lama dibelenggu permasalahan ini apabila status pendudukan mereka di tanah tersebut telah dicabar dan hak mereka tidak dipertahankan sedangkan mereka ini telah menghuni serta mengguna tanah-tanah tersebut sejak sekian lama dan berhak kepada tanah-tanah adat tersebut.

BACA JUGA: Bom Lempar Meletup Ketika Latihan, Seorang Anggota TUDM Maut, 2 Jurulatih Cedera

BACA JUGA: Modi Nafi Dakwaan Diskriminasi Minoriti Muslim Di India

BACA JUGA: Insiden Bakar Masjid Di Rajasthan, Seorang Ahli BJP Antara Ditahan

Di antara permasalahan dan isu yang berlaku kepada penduduk-penduduk kampung di tanah-tanah adat tersebut berdasarkan daerah adalah:
i) Daerah Tongod – berkenan isu pemilikan tanah yang berlaku di Kg Minusoh, Tongod yang meragukan dan aduan telah dibuat kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah
ii) Daerah Kunak – isu pembatalan permohonan tanpa sebab tanah di Madai Baturung berdasarkan surat daripada pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah
iii) Daerah Keningau – pemansuhkan geran-geran komunal
iv) Daerah Nabawan – pemansuhan geran-geran komunal
v) Daerah Ranau – tanah-tanah telah diusahakan oleh penduduk kampung yang merupakan penduduk Bumiputera Sabah tetapi belum ada pengeluaran geran yang dikeluarkan

“Wakil-wakil penduduk kampung sanggup untuk hadir ke semenanjung untuk menuntut dan memperjuangkan hak-hak mereka kerana isu penindasan yang dihadapi mereka tersebut telah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama iaitu di mana sehingga kini tiada sebarang penjelasan yang kukuh atau munasabah diberikan kepada mereka di atas kejadian isu penindasan yang berlaku terhadap mereka tersebut.”

“Kehadiran wakil-wakil tersebut dari jauh itu juga menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dan tidak akan berhenti dalam menuntut dan memperjuangkan hak-hak mereka tersebut sehingga keadilan dapat ditegakkan terhadap permasalah yang telah dihadapi oleh mereka itu,” tegas MHO dan MCCC.

Oleh itu, satu sidang media akan diadakan berkenaan isu ini. Maklumat lanjut seperti di bawah:

Tarikh : 26hb Jun 2023 (Isnin)
Masa : 02.00 Petang
Tempat : NASKEN COFFEE SG BESI
55, Jalan Tasik Utama 6
Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

“Kami juga ingin memohon supaya pihak berwajib dapat memberi perhatian dan penjelasan berkenaan isu penindasan yang berlaku ke atas mereka tersebut kerana penjelasan yang diterima oleh penduduk-penduduk kampung ini adalah tidak munasabah dan tidak menjawab akan persoalan-persoalan yang membelenggu mereka tersebut,” tegas kedua-dua NGO itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: