Tempatan

Negara Sarawak Boleh Merdeka! Sarawak Merdeka! – YB Priscilla Lau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUCHING, 01 Disember 2021 – YB Priscilla Lau, Setiausaha Agung Parti Bumi Kenyalang menyeru rakyat Sarawak untuk mengundi Parti Bumi Kenyalang, supaya mereka dapat menunjukkan bagaimana untuk memperjuangkan kemerdekaan negeri Sarawak sebagai sebuah negara.

“Jadi ingatlah semasa kamu pergi ke tempat mengundi, cuma letak X di sebelah Parti Bumi Kenyalang dan beri kami hak untuk mewakili kamu bagi lima tahun berikutnya kerana mereka sudah melakukannya bagi tempoh yang sungguh lama, 58 tahun adalah sangat terlalu lama dan mereka tidak mampu untuk melakukannya.”

“Mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya, tidak mahu untuk melakukannya. Jadi mari kita tunjuk pada mereka bagaimana untuk dapatkan kemerdekaan bagi Sarawak dan bagaimana untuk mendapatkan semua hak kita.”

“Negara Sarawak boleh merdeka! Sarawak merdeka!” tegas beliau.

Peguam yang bertanding bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak itu mengungkapkan penyataan tersebut dalam sebuah video tular.

Sebelum ini, portal Borneo Post pernah mendedahkan bahawa Priscilla Lau sentiasa mendambakan bagi Sarawak kebebasan sama yang telah memotivasikan moyangnya, Lau Kah Tu untuk menaiki tongkang berulang kali bagi membawa ramai penduduk kampung dari China untuk berhijrah ke Sarawak pada zaman penjajahan Brooke.

Senada dengan beliau, Presiden Parti Bumi Kenyalang Voon Lee Shan pada bulan Oktober lalu dilaporkan telah menegaskan bahawa mereka yang memperjuangkan pemisahan Sarawak secara aman tidak boleh dilabelkan sebagai pengkhianat, mahupun dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

“Sekiranya ini dikira sebagai menghasut dan mengkhianat, lalu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, David Marshall dan Lee Kuan Yew patut diberkas oleh British kerana mahukan kemerdekaan dari Permaisuri England semasa mereka ke United Kingdom sebelum Malaysia dilahirkan,” menurut beliau dalam sebuah wawancara.

Selain Priscilla Lau, Parti Bumi Kenyalang juga membariskan beberapa orang lagi calon bagi Pilihan Raya Negeri ke 12 ini: Jane Lau Sing Yee, Michelle Ling Shyan Mih, Jamie Tiew Yen Houng dan Olivia Lim Wen Sia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: