Tempatan

Masalah Kewangan Menjadikan Kanak-Kanak Mangsa Dera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Mei 2023 – Masalah kewangan merupakan punca menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa dera bagi melepaskan geram, menurut statistik penderaan di Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, masalah kewangan yang dihadapi pasangan telah membuat pelaku gagal mengawal emosi dan baran.

BACA JUGA: Dibuang Tanpa Sebab Munasabah, Kedutaan AS Diarah Bayar Pampasan Kepada Pengawal Keselamatan

BACA JUGA: Masyarakat ‘Ramah’ Punca Warga Asing Suka Hidup Di Malaysia

BACA JUGA: Beberapa Kawasan Di Sibu Bakal Hadapi Gangguan Bekalan Air Esok

Jelasnya, kurang ilmu hidup dan keibubapaan akibat perkahwinan serta kehamilan yang tidak dirancang seterusnya menyumbang kepada perlakuan dera.

“Isu keselamatan kanak-kanak ini perlu ditangani dengan serius oleh pelbagai pihak.”

“Ini kerana kanak-kanak merupakan golongan rentan yang perlu diurus dengan hemat disebabkan faktor kematangan fikiran mereka dan fizikal yang tidak berupaya melindungi diri daripada segala bentuk ancaman,” jelasnya.

Berdasarkan rekod, sebanyak 220 kes penderaan kanak-kanak sampai maut terus berlaku dengan ibu kandung menjadi pelaku tertinggi.

Dalam tempoh tersebut, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 91 kes diikuti masing-masing 23 kes di Kuala Lumpur dan Johor selain Negeri Sembilan (18 kes) manakala Perak (14 kes) dan bakinya di lain-lain negeri.

Ibu kandung penyumbang tertinggi dengan 67 kes kanak-kanak maut akibat didera ‘di tangan’ wanita yang melahirkan mangsa.

Dalam tempoh sama, sebanyak 46 kes membabitkan pelaku bapa kandung diikuti bapa tiri (sembilan kes) dan lain-lain ahli keluarga (11 kes).

Daripada 220 kes, 133 kes kematian kanak-kanak dikaitkan dengan ahli keluarga iaitu kombinasi ibu bapa kandung, ibu bapa tiri dan ahli keluarga lain mangsa.

Selain itu, sebanyak 69 kanak-kanak lagi direkodkan maut didera ketika berada di bawah pengawasan pengasuh termasuk pembantu rumah dan ahli keluarga pengasuh.

Kes tertinggi direkodkan pada tahun lalu dengan 84 kes diikuti 2020 (44 kes); 2019 (43 kes); 2018 (25 kes) dan 2021 (24 kes).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: