Tempatan

Negara Catat Lebih 1,000 Kes Penderaan Kanak-Kanak Tahun Lepas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 – Negara mencatatkan 1,301 kes penderaan kanak-kanak secara fizikal tahun lalu.

Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri di Dewan Rakyat, semalam.

BACA JUGA: PERHATIAN, Sibu Dijangka Dibadai Ribut Petir

BACA JUGA: Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: Hukuman Sebat Wajar Kekal, Laksana Secara Terbuka Di Khalayak Ramai

Beliau yang menjawab kepada soalan daripada Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 679 kes melibatkan lelaki manakala 622 lainnya melibatkan kes perempuan.

Malah, beliau juga dilaporkan bahawa sejak dua tahun lalu, lebih 300 kes penderaan kanak-kanak telah berlaku di tadika serta pusat asuhan.

“Terdapat sejumlah 336 kes penderaan antara 2021 dan 2022.”

“Kes-kes itu berlaku di kedua-dua tadika dan pusat jagaan berdaftar dan tidak berdaftar,” jelasnya.

Sebelumnya, Salamiah bertanya tentang jumlah kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di tadika dan pusat asuhan serta langkah-langkah yang sedang diambil untuk menangani perkara itu.

Nancy yang turut menjawab kepada soalan lain iaitu soalan daripada Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodi turut memberitahu bahawa beberapa langkah telah dilaksanakan untuk memastikan kanak-kanak selamat di tadika dan pusat asuhan.

Antaranya, Nancy memaklumkan bahawa mereka yang menjaga kanak-kanak itu perlu menjalani latihan selama 28 hari di samping kamera litar tertutup (CCTV) juga akan dipasang di premis bagi memantau aktiviti.

“Ibu bapa juga mesti memainkan peranan mereka dan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas anak-anak mereka untuk melihat sama ada terdapat sebarang tanda penderaan.”

Sekiranya terdapat tanda-tanda berlakunya penderaan, Nancy menyarankan agar ibu bapa tidak teragak-agak untuk menghubungi Talian Kasih 15999 untuk membuat laporan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: