Antarabangsa

Kecelakaan Halloween: Korea Selatan Berkabung, Janji Jalankan Siasatan Penuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOREA SELATAN, 01 November 2022 – Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo telah berjanji akan menjalankan siasatan penuh mengenai tragedi yang menimpa rakyat negara tersebut pada hujung minggu lalu.

Tragedi kematian ketika sambutan perayaan Halloween tersebut telah merekodkan sebanyak lebih 150 kematian di ibu negara tersebut dan ianya telah membuatkan seluruh negara berkabung kesedihan.

Para pegawai yang terlibat telah membuat kenyataan pada Isnin lalu bahawa jumlah kematian telah meningkat kepada 154 orang, manakala 149 lagi telah mengalami kecederaan dan 33 lagi sedang berada dalam keadaan serius.

Semasa kejadian tersebut, puluhan ribu manusia telah bersesak di jalan-jalan serta lorong-lorong yang sempit di sekitar daerah Itaewon bagi meraikan sambutan Halloween pertama yang diadakan sejak pandemik Covid-19 melanda.

Mereka yang menyertai sambutan tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan remaja dan mereka memakai pakaian-pakaian yang bertemakan Halloween.

Namun huru-hara mula berlaku apabila orang ramai menyerbu ke sebuah lorong yang sempit walaupun lorong tersebut sebenarnya sudah pun sesak dengan orang ramai yang memasukinya lebih awal.

Pada Isnin lalu, orang ramai telah meletakkan bunga kekwa putih, minuman serta lilin di luar gerbang keluar stesen metro Itaewon sebagai tanda perkabungan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: