Antarabangsa

Warga Saudi Sambut Pesta Halloween, Khamis & Jumaat Lepas Di Riyadh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 31 Oktober 2022 – Warga Saudi menyambut Pesta Halloween pada Khamis dan Jumaat minggu lalu di Riyadh Boulevard dengan tema “Hujung Minggu Menakutkan”.

Lapor sebuah agensi berita Timur Tengah, acara tersebut yang pernah diharamkan sebelum ini telah dianjurkan oleh Arab Saudi sebagai langkah pelaksanaan kepada reformasi sosial dalam memodenkan negara di bawah pemerintahan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman.

Sejak hujung minggu ini, tular gambar beserta video yang menunjukkan sambutan acara tersebut di Riyadh.

Dalam acara itu, orang ramai memakai kostum yang menakutkan dan pakaian yang meriah serta bergambar seperti yang tular dalam media sosial.

Acara tersebut merupakan sebahagian daripada acara dalam Musim Riyadh (Festival dan Sukan Tahunan) yang sedang berlangsung di ibu negara Saudi.

Pengguna media sosial terutamanya yang beragama Islam mengkritik acara tersebut kerana mereka menyifatkan ia seperti dwi-standard kerana membenarkan perayaan bukan Islam yang pernah diharamkan tetapi tidak membenarkan sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W atau Al Mawlid.

“Tak percaya, dulu kita selalu dengar kiamat sudah tiba, hari ini saya lebih percaya selepas melihat gambar ini. Festival Halloween telah diadakan di Riyadh, Saudi dan orang memakai topeng Halloween.. Fikirkan!,” tulis seorang pengguna dalam hantarannya.

“#Sambutan Halloween di Riyadh, Arab Saudi. Kita semua tahu apa maksudnya dan hanya berdoa semoga kita semua berakhir dengan baik dengan Hidayat dan apabila Allah S.W.T redha dengan kita. Kiamat Sudah dekat!!,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: