Tempatan

Denda RM500 Ribu & Penjara 20 Tahun Jika Guna Gelaran Datuk Palsu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 September 2022 – Individu yang menggunakan gelaran Dato atau Datuk palsu boleh dikenakan denda sebanyak RM500,000 dan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan bersalah, kata Presiden Majlis Dato dan Datuk Malaysia (MDDM), Datuk Awalan Abdul Aziz.

Kata beliau, butiran mengenai individu yang menggunakan gelaran serta anugerah palsu telah pun diserahkan kepada pihak polis. Hal ini kerana, menurut Datuk Awalan, ada di antara individu yang menggunakan gelaran palsu ini telah bersikap terlalu terbuka dan kurang ajar.

“Ia adalah satu kesalahan yang serius kerana ia sama dengan menipu serta menghina Raja-Raja kita,” katanya sewaktu majlis perjumpaan dengan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Bukit Aman baru-baru ini.

Beliau berkata, individu yang didapati bersalah berkemungkinan akan berhadapan dengan tindakan di bawah Akta Anugerah 2017 (Akta 787) kerana menggunakan gelaran dan anugerah palsu atau tidak diiktiraf bagi menganjurkan acara mahupun aktiviti.

“MDDM telah menerima banyak maklumat daripada orang ramai sejak penubuhannya.”

“Sila maklumkan kepada kami dan kami akan membuat laporan polis selepas kami menjalankan siasatan sendiri.”

Justeru, beliau berkata dengan adanya kerjasama bersama pihak berkuasa, mereka yang menggunakan gelaran palsu bagi mengelirukan orang ramai ini dapat dihapuskan.

“Kami berharap polis akan menyokong langkah itu bagi memastikan tindakan lebih tegas dalam memastikan Akta 787 dikuatkuasakan sepenuhnya di seluruh negara,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: