Antarabangsa

Pelajar, Ibu Bapa Protes Cubaan Genosid Sejarah & Identiti Palestin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIT HANINA, 19 September 2022 – Pelajar dan ibu bapa Palestin mengadakan protes membantah cubaan rejim haram aparteid Israel menghalang sekolah mengajar menggunakan buku teks Palestin.

Sebagai usaha menyatakan penentangan mereka terhadap kurikulum rejim haram, ibu bapa membuat bantahan tersebut di luar sekolah Al-Iman di Beit Hanina dan beberapa kawasan lain seperti Silwan dan Jabel Mukaber, sambil memegang kertas dan kadbod putih bertulis ‘Bersama Melindungi Identiti Anak-Anak Kita’.

 

Mereka turut melaungkan slogan-slogan seperti “Tidak kepada kurikulum yang diselewengkan” dan “Kami menolak kurikulum Kementerian Pendidikan Israel”, lapor sebuah agensi media Arab.

Tariq Akash, salah seorang ibu bapa pelajar sekolah Al-Iman mengatakan, “Penduduk Baitulmuqaddis berkumpul di sini untuk bercakap dengan jelas: Kami adalah ibu bapa pelajar-pelajar Baitulmuqaddis dan ibu bapa kepada generasi seterusnya yang akan membawa ikatan ini dan mempertahankan kota ini. Kami tidak akan membiarkan minda anak-anak kami dijinakkan.”

Tegasnya, “Kami tidak akan membenarkan keluarga kanak-kanak Baitulmuqaddis ditangkap, dan kami tidak akan membenarkan sesiapapun lupa bahawa mereka adalah Muslim Arab Palestin yang membawa panji perjuangan dan mempertahankan kesucian negara ini.”

Dalam pada itu, ibu bapa percaya kurikulum yang cuba dilaksanakan oleh pihak berkuasa rejim haram Israel akan mengetepikan peristiwa Nakbah Palestin dan mengelakkan daripada menyebut tentang pendudukan, perkauman dan penganiayaan.

Mereka turut mengecam pengabaian rejim itu terhadap sekolah-sekolah Palestin di Timur Baitulmuqaddis, termasuk kegagalan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.

Samudera.my sebelum ini melaporkan bahawa rejim haram aparteid Israel didakwa menyerang sekolah dan sistem pendidikan Palestin dengan menutup beberapa buah sekolah serta menghalang para pelajar daripada memperolehi manfaat pendidikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: