Tempatan

Babi ‘Berdaulat’: Kerajaan Negeri Bakal Disaman Jika Terus Berdiam Diri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LANGAT, 20 September 2022 – Akibat daripada kegagalan pentadbiran, penduduk sekitar Tanjut Sepat bersedia memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor jika mereka terus berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan lanjut berikutan isu pencemaran babi yang berlaku sejak 30 tahun lalu.

Mazni Shamsuddin yang merupakan wakil pihak penduduk berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat dan rujukan daripada pakar berkaitan undang-undang sekiranya ada ruang ke arah itu demi membela nasib penduduk yang menderita sejak tiga dekad lalu kerana terpaksa berkongsi hidup dengan babi.

“Apa yang utama kita akan merujuk kepada pihak yang berkaitan untuk meminta nasihat dalam hal ini.”

Pihak terbabit juga mesti mampu memberi nasihat dan jalan terbaik dalam urusan saman ini. Saya rasa kalau ini berlaku akan ada sebuah jawatankuasa yang akan ditubuhkan, kita akan bincangkan bersama,” ujar beliau dengan lebih lanjut.

Bagaimanapun, sebelum meneruskan cadangan tersebut, Mazni memaklumkan bahawa beliau akan berbincang terlebih dahulu bagi mendapatkan persetujuan bersama untuk mengambil tindakan tersebut yang dianggap sebagai salah satu usaha dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

Cadangan itu disuarakan oleh Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) yang menyarankan agar penduduk Tanjung Sepat mengenakan saman kepada agensi dan jabatan berkuasa susulan masalah pencemaran dipercayai kumbahan ternakan babi.

Tindakan itu boleh diambil di atas kapasiti hak asasi manusia yang merangkumi akses kepada alam sekitar yang bersih dan bukan tercemar kerana aspek itu diikitiraf Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR yang mana turut ditandatangani Malaysia bersama negara lain, lapor media tempatan.

PEKA berharap agar penduduk setempat yang menderita akibat masalah ini membentuk satu jawatankuasa bagi mengenakan saman terhadap Kerajaan Negeri, Majlis Daerah, Jabatan Veterinar Daerah, Exco Alam Sekitar dan Jabatan Alam Sekitar negeri yang gagal memantau dan mengambil tindakan terhadap pencemaran selama tiga dekad.

Sebelum ini, portal melaporkan ketidakpuasanhati penduduk sekitar Tanjung Sepat dengan mempersoalkan penyelesaian bagi masalah pencemaran ladang ternakan babi yang telah berlarutan sejak 30 tahun lalu itu.

Seorang penduduk, Amir Sharifudin berkata isu yang telah berlarutan sejak sekian lama itu bahkan dijadikan bahan politik dari parti politik yang berkuasa.

“Sudah lebih 30 tahun saya tinggal di sini terpaksa hidu bau busuk dan ia lebih teruk apabila setiap kali selepas hujan dan mengganggu solat jemaah di surau.”

Keadaan ini berlaku apabila ladang ternakan ini beroperasi tidak mengikut sistem betul. Sistem buangan sepatutnya perlu ada empat kolam sebagai tapisan sebelum disalurkan ke laut. Namun kita boleh tengok sendiri air yang dibuang sangat hitam dan mencemarkan laut.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: