Tempatan

Demo Politik Di Sarawak, 5 Dibebaskan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 24 November 2022 – Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan dan empat lagi anggota parti itu yang ditahan atas dakwaan mengambil bahagian demo politik semalam telah dibebaskan pada hari ni.

Mereka ditahan berikutan tiga laporan polis yang dibuat berdasarkan klip video tular yang dikongsi di WhatsApp dan Facebook.

“Dalam video itu, seorang lelaki dilihat sedang bercakap melalui alat pembesar suara di hadapan sebuah hotel di Jalan Tun Abang Haji Openg dan berhampiran kawasan komersial di Jalan Datuk Tawi Sli,” kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Menurut dakwaan, pemimpin parti politik itu mengecam cadangan gabungan antara Gabungan Parti Sarawak dan Parti Islam Se-Malaysia dalam video tersebut.

Dalam video itu juga kelihatan kenderaan kumpulan itu dipasang dengan sepanduk yang bertulis ‘Tidak kepada PAS’ dipandu di sekitar bandar.

Mereka kemudiannya dibawa ke mahkamah pada hari ini untuk permohonan reman bagi siasatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis kerana belum ada pertuduhan dibuat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: