Tempatan

Tak Perlu Tukar Kerajaan, Tukar Rakyat! – Ust Engku Ahmad Fadzil

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEMILIK SEBENAR KERAJAAN MEMBERIKAN KUASA KERAJAAN DAN MENARIK KUASA KERAJAAN

Surah Ali Imran, Ayat 26:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ ععَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! ENGKAULAH YANG MEMBERI KUASA PEMERINTAHAN KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KEHENDAKI, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah Al-An’am, Ayat 59:

وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (SEMUANYA) ADA TERTULIS DI DALAM KITAB (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

KERAJAAN ADALAH CERMINAN RAKYAT, NAK KERAJAAN YANG BAGAIMANA, BENTUK LAH RAKYAT

#tukarrakyat

👇 👇 👇

TAK PERLU TUKAR KERAJAAN, TUKAR RAKYAT!

(1) Kerap kita lihat, apabila rakyat inginkan kebaikan dan penambahbaikan, mereka berusaha untuk menukar kerajaan. Di Malaysia, slogan yang sama dilaungkan untuk menjatuhkan kerajaan BN, KERAJAAN PH, KERAJAAN PN 1.0 dan kerajaan PN 2.0.

(2) Adakah keadaan menjadi bertambah baik? Pentadbiran lebih cekap? Urusan lebih telus? Rasuah berkurangan? Campur tangan politik dalam kehidupan dan pentadbiran Permusuhan dan ketegangan dapat diatasi? Kezaliman dapat dibuang???

(3) Apakah cara yang tepat sebenarnya untuk membaiki keadaan dan membasmi kezaliman?

(4) Cara ini telah diterangkan oleh ulama besar Asyaa’irah, Iaitu Al-Imaam Fakhruddin Al-Razi berdasarkan firman Allah SWT:

( وكذلك نولي بعض الظالمين بعضا بما كانوا يكسبون )

الأنعام:129

Demikian lah kami jadikan sebagai ketua sebahagian orang-orang zalim itu sebahagian yang lain dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.

Kata Al-Imaam Fakhruddin Ar-Raazi:

الآية تدل على أن الرعية متى كانوا ظالمين ، فالله تعالى يسلط عليهم ظالما مثلهم فإن أرادوا أن يتخلصوا من ذلك الأمير الظالم فليتركوا الظلم

Ayat ini menunjukkan bahawa rakyat bila mana mereka melakukan kezaliman (meletakkan sesuatu amanah dsb bukan pada tempatnya), maka Allah SWT akan meletakkan sebagai penguasa ke atas mereka seorang yang zalim seperti mereka juga. Maka sekiranya mereka ingin membebaskan diri dari penguasa yang zalim itu, hendaklah mereka terlebih dahulu meninggalkan kezaliman!

(5) Ayuh! JOM KITA SAMA-SAMA BERUSAHA MENINGGALKAN KEZALIMAN YANG ADA PADA DIRI KITA. Letakkan sesuatu pada tempatnya dan berikan amanah kepada ahlinya!

Sumpah Rabbani YDPA, Perkara 37, Jadual 4 Perlembagaan Persekutuan:

MENJAGA AGAMA PADA SETIAP MASA!

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: