Antarabangsa

Gunung Anak Krakatau Kembali Meletus, Penduduk Diarah Berjaga-Jaga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 26 Oktober 2022 – Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda kembali meletus buat kali keempat semalam, lapor sebuah agensi berita Indonesia.

Menurut agensi tersebut, letusan pertama terjadi pada jam 7.27 pagi waktu tempatan dan mengeluarkan kepulan abu tebal dan berwarna hitam setinggi kira-kira ±200 meter dari puncak gunung berkenaan.

Kira-kira satu jam setengah selepas itu, letusan kedua berlaku dengan kepulan abu setinggi ±150 meter dari puncak.

Letusan ketiga pula berlaku di sebelah petang pada jam 5.11 waktu tempatan dengan kepulan abu setinggi ±150 meter dari puncak.

Tidak lama kemudian, letusan keempat pula terakam pada jam 6.45 petang waktu tempatan.

Berdasarkan laporan agensi itu, status Gunung Anak Krakatau kini berada di Tahap 3 atau berjaga-jaga.

Berikutan itu, penduduk, pengunjung, pelancong atau pendaki disarankan untuk tidak mendekati Gunung Anak Krakatau itu mahupun melakukan sebarang aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawasan kawah aktif, lapor agensi berita itu.

Anak Krakatau pernah merekodkan letusan hebat pada 1883, satu siri letupan besar sehingga mengorbankan lebih 36,000 orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: