Tempatan

20 NGO Lapor Polis, Timbalan S/U DAP Hina Istana Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 26 Oktober 2022 – Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang bersama dengan lebih 20 NGO di negeri tersebut membuat laporan polis terhadap Timbalan Setiausaha Agung DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji atas kenyataan biadap menghina institusi diraja Pahang ketika berceramah politik di Mentakab baru-baru ini.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Kuantan, Pahang, semalam.

Menurut Bendahari NGO tersebut, Datuk Setia Penggawa Tengku Abdul Manan Tengku Temenggung Aziz, laporan polis itu dibuat kerana mereka kesal dengan kenyataan biadap dari Tengku Zulpuri Shah, yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen DAP Raub, ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Yang pertamanya, Tengku Zulpuri telah berlaku biadap dengan menyebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah orang Pahang dan penyamun juga orang Pahang. Di sini jelas mengaitkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong juga sebagai penyamun,” kata beliau dalam satu kenyataan media semalam.

“Yang keduanya dalam ucapannya menyebut Orang Besar Berempat adalah penyamun seolah-olah kesemua Orang Besar Berempat adalah penyamun.”

“Yang ketiga, beliau turut mengaitkan nama Tengku dengan mengatakan ‘Tengku dari mana?’ ‘Perompak dari Istana’. Di sini memberi gambaran bahawa Tengku yang merupakan keturunan Sultan adalah perompak.”

Tegas Datuk Setia Penggawa Tengku Abdul Manan, ucapan penyangak atau pencuri besar adalah orang Pahang menggambarkan rakyat Negeri Pahang ini adalah penyangak dan pencuri.

“Kenyataan beliau ini jelas disifatkan sebagai satu penghinaan, melampau kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Orang-Orang Besar Pahang, Kerabat-Kerabat Diraja Negeri Pahang dan rakyat Pahang sendiri, dengan bermotifkan bagi menimbulkan kebencian terhadap Istana Pahang dan Institusi Raja.”

Oleh itu, beliau memohon pihak berkuasa undang-undang mengambil tindakan yang setegas-tegasnya kepada Tengku Zulpuri Shah dan memberi pengajaran bahawa ada had dan juga ada batas di dalam berpolitik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: