Antarabangsa

Gunung Berapi Hawaii Meletus Selepas Hampir 40 Tahun, Agensi Pengurusan Kecemasan Beri Amaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HAWAII, 30 November 2022 – Gunung berapi aktif terbesar di dunia, Mauna Loa Hawaii kembali meletus pada Ahad selepas hampir 40 tahun, sejak 1984.

Mauna Loa meletus setinggi 13,679 kaki (4,169 meter) di atas Lautan Pasifik, sebahagian daripada rangkaian gunung berapi yang membentuk kepulauan Hawaii.

Dalam laporan berbeza, gunung berapi aktif terbesar itu memancutkan lava setinggi 60 meter.

Kali terakhir ia meletus adalah pada Mac dan April 1984, menghantar aliran lava dalam jarak 5 batu (8.05 km) dari Hilo, bandar terbesar di pulau itu.

Pada hari Selasa semalam, dua aliran lava baharu dilihat mengalir ke Mauna Loa, kata Kajian Geologi AS.

Agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii berkata ia telah membuka dua pusat perlindungan di pulau itu sebagai langkah berjaga-jaga tetapi juga menekankan bahawa tiada tanda-tanda bahawa lava akan mengancam kawasan berpenduduk dan ia tidak mengeluarkan sebarang arahan pemindahan.

Walau bagaimanapun, pegawai kesihatan negeri memberi amaran kualiti udara boleh diburukkan oleh bahaya seperti vog, atau asap gunung berapi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: