Tempatan

Aduan Sungai Tercemar: “Maaf, Kita Tiada Masa”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 29 Disember 2022 – “Maaf, kita tiada masa,”. Ini maklum balas yang diterima Pengerusi Wilayah Tanah Adat Kampung Kuala Wias dan Kampung Wok ketika beliau memohon kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kota Bharu untuk mengambil sampel air Sungai Menintei yang dikatakan tercemar, lapor sebuah portal tempatan.

“Ketika itu mereka (pegawai JAS) tiba untuk buat tinjauan adakah kami bersetuju jika Kerajaan Negeri ingin buat ladang hutan tambahan seperti getah dan kelapa sawit di kampung ini. Kalau setuju, mereka mahu buat perjanjian hitam putih.”

“Jadi kami cakap tak setuju. Kami terus minta mereka buat sampel air di Sungai Menintei tapi katanya tiada masa, masa kami terhad. Itu yang dibilang pegawai JAS,” luah Jimi Angah.

Ujarnya, Sungai Menintei menjadi salah satu sumber air utama buat penduduk sekitar Kampung Kuala Wok, namun ia dipercayai tercemar akibat pembalakan di hulu sungai berkenaan.

Pembalakan di puncak itu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri selepas kehadiran pihak JAS tempoh hari mengesahkan ladang-ladang berkenaan mempunyai lesen serta permit untuk beroperasi.

Kata Jimi lagi, beliau boleh sahaja mengambil air Sungai Menintei itu untuk diserahkan kepada pegawai berkenaan, namun bimbang jika dakwaannya itu dianggap palsu.

“Mereka sudah masuk kampung kami, redah jalan balak berjam-jam. Apa salahnya datang ke sungai itu untuk tengok sendiri dan ambil sampel, barulah dia percaya sungai itu berminyak dan bau hanyir, menyedihkan tindakan mereka terhadap kami,” kata Pengerusi Wilayah Tanah Adat Kampung Kuala Wias dan Kampung Wok dengan kesal.

Menurut portal, Jimi turut membuat laporan mengenai pencemaran di Sungai Wias akibat pembalakan pada tahun lepas, akan tetapi masih tiada tindakan sehingga kini.

“Kalau kita ajak mereka (pegawai JAS) datang Sungai Menintei tidak dilayan, macam mana pula dengan Sungai Wias yang memang lagi ketara air berwarna hitam,” kata Jimi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: