Tempatan

Persatuan Guru Mahu Pelajar Tingkatan 4 Diajar Sistem Pilihan Raya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2022 – Subjek pilihan raya atau elemen Undi18 haruslah diterapkan dalam pelajaran di sekolah sebagai salah satu usaha memantapkan pemahaman terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi di negara ini.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang mencadangkan pengenalan kepada sistem pilihan raya itu boleh bermula di tingkatan empat sebagai persediaan menjadi bakal pengundi.

“Tidak perlu tergesa-gesa untuk merombak sistem pendidikan secara menyeluruh.”

“Peringkat menengah atas sudah memadai untuk memahami secara perlahan-lahan apa makna demokrasi, kesedaran mengenai tanggungjawab dan patriotisme cintakan negara.”

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata pengenalan awal kepada pelajar sedikit sebanyak dapat mencegah mereka daripada terpengaruh kepada elemen tidak sihat, tanpa dapat membuat analisis sendiri terhadap isu-isu yang dimainkan.

“Kadangkala mereka ini tiada pemahaman yang kukuh, mereka mudah terpengaruh dengan apa yang dikempenkan.”

“Kalau sudah ada pemahaman asas, dia boleh buat analisis sendiri tentang apa yang berlaku sebab mereka sudah faham bagaimana proses demokrasi itu berjalan,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: