Antarabangsa

Kewangan Islam Global Bakal Meningkat 10%

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 04 Mei 2023 – Industri kewangan Islam global dijangkakan akan mengalami peningkatan sekitar 10 peratus bagi tahun 2023 dan tahun seterusnya.

Perkara tersebut dijangkakan akan tetap berlaku meskipun dunia kini mengalami kelembapan ekonomi sebagai mana yang telah dilaporkan oleh S&P Global Rating.

BACA JUGA: KPM Benarkan Murid & Guru Pakai Baju Sukan Ketika Cuaca Panas

BACA JUGA: Gaji Pekerja Tempatan Tidak Setimpal, Tidak Berbaloi – Presiden UNI-MLC

BACA JUGA: Aktivis Beri Peringatan Tentang Lagu Viral, Takut Tergelincir Akidah

Laporan tersebut menyatakan bahawa sektor tersebut berterusan mengalami peningkatan pada tahun 2022 dengan aset yang meningkat sebanyak 9.4 peratus, berbanding dengan 12.2 peratus pada tahun 2021.

Peningkatan industri kewangan Islam itu juga dikatakan kerana disokong oleh perkembangan aset-aset dalam sistem perbankan serta industri sukuk.

S&P Global Rating juga turut menyatakan bahawa syarikat-syarikat korporat cenderung untuk menyumbang lebih banyak terutamanya kepada negara-negara seperti Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Negara-negara tersebut yang dijangkakan akan menerima kerjasama daripada syarikat-syarikat korporat itu sebelum ini telah mengumumkan pelan-pelan transformasi mereka terutamanya dalam sektor kewangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: