Antarabangsa

Qatar Mahu Jadi Pemain Utama Ekonomi Halal Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

QATAR, 12 April 2023 – Sektor ekonomi halal Qatar kini sedang menyaksikan peningkatan yang tinggi, di mana negara tersebut sedang menggalakkan sektor-sektor utama yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi untuk mewujudkan produk-produk serta perkhidmatan yang selari dengan undang-undang Islam.

Menurut Investment Promotion Agency of Qatar, negara tersebut merekodkan aset-aset pasaran yang bernilai $156.4 bilion dalam pasaran kewangan pada tahun 2021 diikuti dengan $1 bilion dalam insuran Islamik yang juga dikenali sebagai takaful.

BACA JUGA: MAKLUMAN: Jalan Menuju Ke JB Ditutup Bermula Esok

BACA JUGA: Polis China Upah Pengintip Larang Muslim Uyghur Berpuasa

BACA JUGA: Tragedi Basikal Lajak: Sam Ke Ting Bebas Segala Tuduhan

Selain itu, Qatar juga merekodkan aset pasaran yang bernilai $14.2 bilion dalam sektor pelancongan Islamik, $5,1 bilion dalam sektor kesihatan serta $849 juta dalam teknologi kewangan Islamik.

Kajian yang dilakukan oleh pihak yang sama juga turut menekankan peranan Qatar dalam mengembangkan ekosistem akreditasi di peringkat nasional dan global melalui penubuhan Organization of Islamic Cooperations Halal Accreditation Centre beserta dengan perkembangan bimbingan daripada Kementerian Kesihatan Awam dalam membawa masuk produk makanan halal.

Negara tersebut juga kini sedang membina hab ekonomi halal di rantau tersebut sebagaimana laporan tersebut menyatakan,

“Nilai dan jaringan ekonomi halal negara ini adalah disokong oleh para pemain rentas industri, daripada pembelian input-input halal sehingga pengiktirafan dan akreditasi produk-produk bagi piawaian halal serta logistik dan pengedaran kepada pengguna akhir”.

Qatar juga kini mempromosikan beberapa inisiatif seperti program “Halal Livelihood” oleh Kementerian Perdagangan dan Industri bagi meningkatkan kesedaran berkenaan kehidupan halal serta kepentingan dan potensi takaful, pelaburan-pelaburan hijau dan penerbitan sukuk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: