Tempatan

Cagar KWSP & Pinjaman Cara Islam, Saranan PMX Mengelirukan – Dato’ Dr Ramalan Yunus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1079926/guna-kaedah-pinjaman-islam-pm

Bismillah: Pinjaman Secara Islam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Saya tertarik dengan saranan DS Anwar Ibrahim, PM Malaysia agar para penyimpan KWSP meminjam secara Islam.

Ini kerana menurut beliau, pinjaman secara Islam kadar faedahnya rendah.

Pada hemat saya, kenyataan beliau ini agak mengelirukan. Ini kerana dalam Islam, pinjaman tidak ada sebarang faedah.

Pinjaman secara Islam juga tidak memerlukan sebarang cagaran.

Ini kerana pinjaman secara Islam adalah bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan. Bukan untuk tujuan perniagaan.

Sistem Perbankan Islam yang ada pada hari ini masih jauh dari menepati kehendak Syariat Islam.

Malah pada amalannya sebenarnya Perbankan Islam lebih buruk dan zalim dari Perbankan Konvensional.

Saranan saya, kalau pihak kerajaan benar-benar serious ingin membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan, seharusnya kerajaan yang memberi pinjaman kepada rakyat.

Tanpa faedah dan tanpa cagaran. Bukan pihak swasta.

Untuk apa ada kerajaan kalau tidak boleh membantu rakyat ?

Apatah lagi dalam keadaan yang luar biasa seperti hari ini.

Keadaan yang luar biasa seperti hari ini memerlukan kaedah yang luar biasa juga untuk menanganinya.

Kaedah yang biasa-biasa sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

Inilah masanya kerajaan perlu berani dan bertindak bijak untuk menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

Kerajaan perlu berani dan bijak untuk mencipta Sistem Monetari dan Kewangan yang bebas Riba’ dan bebas dari kongkongan para Elit Global @ Kartel Perbankan Dunia.

Dalam zaman Data, Artificial Intelligence dan Blockchain Technology semua itu mampu kita lakukan.

Dengan teknologi blockchain kita mampu mewujudkan Decentralized Financial System @ DeFi.

Sebenarnya ada anak-anak Melayu yang pakar dalam bidang Financial Technology @ Fintech dan Modern Monetary Theory.

Jadi kenapa tidak dimanfaatkan kepakaran mereka ini semua untuk kepentingan rakyat dan negara ?

Decentralized Finance @ DeFi adalah satu bidang baru. Kita perlu keberanian dan kebijaksanaan untuk menerokainya.

Bayangkan kalau kita berjaya menerokai bidang baru ini dengan kaedah yang menepati Syariat Islam, InsyaAllah kita akan berupaya membebaskan 2 bilion umat Islam dari DOSA RIBA’ @ menghentikan mereka dari terus berperang dengan Allah dan RasulNya.

Inilah Jihad Akhbar umat Islam di akhir zaman. Iaitu membebaskan manusia dari belenggu Riba’ dan dari kekuasaan Para Elit Global.

Ingatlah, demi untuk membina Kota Madani di Yathrib, Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah gentar untuk menghadapi ancaman dari Empayar Rom dan Parsi.

Bahkan mereka juga sanggup berperang di bulan puasa demi mempertahankan aqidah dan perjuangan mereka.

Semua itu seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua bahawa tidak ada peperangan yang lebih besar selain berperang dengan diri kita sendiri.

Krisis sebenar bukan berlaku di luar diri tetapi sebenarnya berlaku di dalam diri.

Dan itulah hikmah yang sebenar yang harus dikutip dari Madrasah Ramadhan Al Mubarak yang bertandang setiap tahun.

Sekiranya benar ada kesungguhan dari PMX, Kerajaan Perpaduan dan umat Islam, InsyaAllah kita juga mampu membina Malaysia sebagai Kota Madani di Timur Jauh di akhir zaman ini.

Semoga nota ini yang hadir pada 1 Ramadhan ini menjadi renungan semua pihak yang berkaitan.

*Al Fakir Ilallah*
Dato’ Dr Ramalan Yunus
Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas

Pautan Asal: FB Mohd Ramalan Yunus

Ini adalah padangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: