Tempatan

TERKINI: Helikopter Dikhuatiri Terhempas Di Cameron Highlands

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CAMERON HIGHLANDS, 26 Oktober 2022 – Sebuah helikopter dinaiki lima penumpang serta juruterbang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands.

Helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Highlands.

Menurut sumber kepada sebuah portal tempatan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 petang tadi.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang digerakkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hutan serta beberapa agensi lain.”

Setakat ini, tiada maklumat berhubung keadaan juruterbang dan individu lain yang berada dalam helikopter berkenaan.

Terbaru, Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihak mereka dimaklumkan bahawa tiga penumpang helikopter tersebut cedera parah manakala tiga lagi selamat dan mereka sudah dapat menghubungi ibu pejabat polis (IPD) satu daerah di Perak.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabarodzi Nor Ahmad pula memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.06 petang.
Mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan.
Ketika kejadian, cuaca dilaporkan hujan sekali gus menjadikan operasi menyelamat mencabar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: