Tempatan

Sayur Kampung Naik Harga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEMERLOH, 05 Julai 2022 – “Minggu ini betul-betul mendadak kenaikannya dan saya datang sebenarnya nak menyokong peniaga kecil dan harapnya harga tidak terus naik lagi,” kata Mazidah Said, 58, seorang pengunjung Pekan Sehari Temerloh.

Jelasnya, dia terkejut melihat harga sayur kampung kali ini.

Rakannya, Kamariah Hassan, 59 turut bersetuju dengan pendapat Mazidah yang berharap kenaikan harga tidak terlalu melampau hingga membebankan pengguna.

“Selain harga makin mahal, jumlah sayur yang ditawarkan juga semakin sedikit,” dakwanya lagi.

Sementara itu, seorang peniaga sayur kampung, Che Zainab Mat, 76, mendakwa kenaikan itu kerana kesukaran mendapat bekalan.

“Saya dapat bekalan daripada orang kampung dan akui memang ada pelanggan merungut kerana harga lebih mahal.”

Dia yang sudah kira-kira 50 tahun berniaga di Pekan Sehari Temerloh juga memberitahu kenaikan itu juga berpunca daripada pekebun yang menjual dengan harga lebih tinggi.

Menurut tinjauan Sinar Harian, sayur kampung turut mengalami kenaikan harga pada Ahad lepas.

Sayuran seperti kerdas, jering ada dijual dengan harga RM5 manakala terung pipit, buah asam dijual RM3 sepiring dan maman RM6 seikat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: