Antarabangsa

Monkeypox UK: Jangkitan Kes Bakal Cecah 60,000

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 05 Julai 2022 – Seorang ahli matematik di Universiti Strathclyde, Profesor Adam Kleczkowski, memberi amaran bahawa jangkitan virus monkeypox di Britain boleh terus meningkat sehingga akhir tahun.

Kemuncaknya adalah apabila sejumlah 60,000 boleh dijangkiti dengan virus itu setiap hari.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Medicine, penyelidik Portugis mendapati sampel virus itu mempunyai 50 mutasi dalam DNAnya berbanding pada tahun 2018. Jumlah itu adalah antara enam dan 12 kali ganda bilangan yang biasanya dijangkakan saintis dalam tempoh masa yang sama.

Profesor Adam juga menganggarkan bahawa setiap orang yang dijangkiti akan terus menjangkiti dua orang lagi – dikenali sebagai nombor R.

“Melainkan gabungan pengesanan kenalan (contact tracing) dan vaksinasi cincin (ring vaccination) menghentikan penyebaran, cacar monyet akan terus merebak.”

Katanya lagi seperti dilaporkan The Independent, bagi menghentikan penyebaran monkeypox, 53% daripada populasi perlu dijangkiti terlebih dahulu.

“53 peratus daripada populasi perlu dijangkiti untuk mempunyai imuniti bagi menghentikan penyebaran virus – dikenali sebagai imuniti kelompok.”

Berdasarkan kenyataan ini, seorang ahli epidemiologi, Dr Eric Feigl-Ding menjangkakan bahawa kes wabak monkeypox di benua itu akan mencapai 100,000 kes untuk bulan Ogos dan mencapai 1 juta kes pada bulan September.

“Adakah #monkeypox masih belum di bawah kategori kecemasan?—‘Monkeypox bermutasi sehingga 12X lebih pantas daripada jangkaan, di tengah-tengah amaran, Britain boleh melihat sebanyak 60,000 kes baharu sehari’ menjelang akhir 2022.”

“Saya rasa unjuran kami ([email protected]) daripada 100k kes menjelang Ogos & 1 juta menjelang Sept adalah realistik,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa wabak monkeypox bukanlah kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa buat masa ini.

Leave a Reply

Back to top button