Tempatan

Rakyat Berisiko Alami Gejala Sakit Mental Jika Gagal Urus Kewangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 05 Julai 2022 – Rakyat Malaysia berisiko mengalami gejala sakit mental jika gagal menguruskan kewangan dan emosi sebaik mungkin, ujar Dr Rezki Perdani Sawai, Pensyarah Kanan Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Katanya, jika Kerajaan bertindak menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR), kemungkinan masalah kesihatan mental rakyat menjadi lebih parah, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga barang.

Beliau turut memaklumkan kesan buruk yang akan berlaku jika individu terbabit hilang kerja dan diisytihar muflis yang pastinya mengundang kemurungan, lapor Utusan Malaysia.

“Tahap kemurungan bergantung kepada seseorang dengan paling singkat boleh dikesan dalam tempoh dua minggu manakala paling lama pula mungkin mengambil masa hingga berbulan-bulan,” jelas beliau.

Dr Rezki berkata, impak kemerosotan ekonomi keluarga juga boleh menyebabkan seseorang itu cuba untuk mengambil barang terlarang seperti dadah, kononnya untuk melupakan tekanan.

Tegas beliau, sebarang langkah yang menekan rakyat bukan sahaja dapat meningkatkan jumlah muflis negara, malah meninggalkan kesan emosi apabila setiap hari rakyat sentiasa memikirkan kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan pendapatan bulanan tidak bertambah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: