Antarabangsa

Rusuhan Samseng RSS-Hindutva Di Leicester UK Mengejutkan Warga Britain

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 05 Oktober 2022 – Beberapa siri serangan terhadap komuniti Muslim oleh pelampau Hindutva di Leicester, United Kingdom (UK) kebelakangan ini adalah sesuatu yang mengejutkan buat warga Britain, sebagaimana yang dinyatakan oleh seorang penyelidik Ismail Petel.

Menurutnya, kelompok pelampau Hindutva bertopeng juga terlibat di dalam sebuah rusuhan di jalan-jalan sekitar Leicester, walaupun pihak polis telah membuat tindakan menyuraikan serta membuat pemeriksaan terhadap para perusuh.

Menurut Petel, Leicester telah dihuni oleh puluhan ribu orang Muslim dan Hindu dan mereka selama ini mereka telah berkongsi kebudayaan yang sama dan ini telah menyuburkan rasa hormat di antara satu sama lain.

Namun menurutnya lagi, beberapa faktor dalaman dan antarabangsa telah menjadi penyebab bagi pergerakan Hindutva ini menjadi lebih berpengaruh dan kuat.

Di luar India, pemikiran pelampau ini telah dibawa oleh Hindu Swayamsevak Sangh (HSS) yang dianggarkan mempunyai jaringan hubungan dengan 150 negara, termasuklah beberapa cawangannya di UK.

Cabang HSS di UK telah dikenalpasti dan disiasat seawal 2015 setelah salah seorang daripada guru mereka mengeluarkan kenyataan “jumlah Muslim yang baik boleh dibilang dengan jari”, dan “memusnahkan sejarah Hindu adalah konspirasi rahsia orang Kristian”.

Ideologi Hindutva juga telah tersebar di Amerika Syarikat, Kanada dan negara-negara lain. Di Kanada, mereka telah mengeluarkan kenyataan umum dalam perbahasan mengenai membunuh orang Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: