Antarabangsa

Perancis Tutup Sebuah Lagi Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAS-RHIN, 01 Oktober 2022 – Kerajaan Perancis sekali lagi mengumumkan penutupan sebuah masjid selepas menuduh imam di masjid tersebut sebagai ekstremisme dan radikal.

Menurut media Timur Tengah, Kementerian Dalam Negeri telah memulakan proses penutupan Masjid Obernai di kawasan Bas-Rhin selepas Emmanuel Macron, presiden republik itu meminta untuk memerangi kegiatan ‘separatisme Islam’.

Sebanyak 23 buah masjid telah ditutup sejak dua tahun lalu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan, ujar Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin menerusi sebuah ciapan di laman Twitternya.

Dalam pada itu, imam Masjid Obernai telah dituduh menjalankan aktiviti dakwah radikal, mengambil pendirian anti-Perancis dan membuat komen provokatif terhadap nilai-nilai republik tersebut.

Walau bagaimanapun, masyarakat antarabangsa, pertubuhan hak asasi manusia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengkritik pentadbiran Perancis kerana menyasarkan serta meminggirkan umat Islam.

Pada 24 Januari lalu, parlimen Perancis telah meluluskan sebuah Rang Undang-Undang (RUU) yang dikenali sebagai ‘Memperkukuh Penghormatan Terhadap Nilai-Nilai Republik’, namun pertama kali ditakrifkan sebagai ‘RUU Perjuangan Menentang Separatisme Islam’.

RUU itu dikritik bukan sahaja kerana menyasarkan umat Islam di Perancis tetapi turut mengenakan sekatan terhadap hampir semua aspek kehidupan masyarakat Islam di sana. Selain itu, pihak pengurusan masjid haruslah diawasi oleh pihak berkuasa termasuk pemantauan terhadap pembiayaan pertubuhan Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: