Beku Aset Rusia, EU Untung Hampir RM10 Bilion
BRUSSELS, 21 Julai 2023 – Salah sebuah syarikat broker terbesar di Kesatuan Eropah yang berpusat di Belgium, Euroclear telah mendedahkan bahawa mereka telah mengaku hampir $2 bilion keuntungan yang diperolehi daripada tindakan membekukan aset-aset Rusia pada awal tahun ini.
Menerusi keputusan kewangan untuk enam bulan pertama tahun ini, Euroclear telah melaporkan “perkembangan yang bersifat substantial pada pendapatan operasi” yang sebahagiannya dijana oleh “perolehan faedah yang tinggi”.
BACA JUGA: AWAS! Hujan & Ribut Petir Bakal ‘Langgar’ Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut
BACA JUGA: Kementerian Sedang Teliti Cadangan Pelaksanaan Cukai Karbon
BACA JUGA: Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram
Laporan yang sama juga menyatakan perkembangan tersebut adalah hasil daripada “peningkatan material yang berkaitan dengan sekatan-sekatan antarabangsa terhadap Rusia”.
Menurut sebuah data yang diterbitkan oleh Euroclear pada Khamis lalu, aset-aset Rusia telah menghasilkan kadar faedah bernilai lebih daripada $1.9 bilion di antara bulan Januari dan bulan Jun sahaja.
Euroclear dianggarkan memegang aset-aset Rusia yang bernilai hampir $220 bilion. Secara keseluruhan, Kesatuan Eropah telah membekukan lebih daripada $231 bilion aset-aset serta rizab Rusia sejak bermulanya operasi Rusia terhadap Ukraine.
Para pemimpin EU telah berulang kali menyeru supaya dana tersebut digunakan untuk ‘membina kembali’ Ukraine, namun sehingga kini tiada sebarang keputusan yang telah berjaya dibuat.
Rusia telah menyifatkan tindakan Barat dalam membekukan aset mereka sebagai “barbarisme” serta “kecurian” yang melanggar undang-undang antarabangsa.